请来签名

Say NO To Racialism 向种族极端主义说不

To:  Majlis Tertinggi UMNO

Memorandum:

Surat Terbuka Kepada Majlis Tertinggi UMNO

Kepada: Majlis Tertinggi UMNO

Selamat Sejahtera,

Sebagai rakyat Malaysia, kami ingin mengemukakan bantahan
sekeras-kerasnya dan meluahkan kekecewaan terhadap satu kenyataan Ketua
Bahagian UMNO, Bukit Bendera; En. Ahmad Ismail yang dibuatnya pada 23
Ogos lalu.

Akhbar Sin Chew Daily dalam laporannya di muka surat lapan bertarikh 25
Ogos 2008 memetik Ahmad Ismail sebagai berkata: “ Bangsa Cina hanya
menetap sementara di Malaysia.’’ Dalam laporan tersebut, dia juga
mengatakan Bangsa Cina tidak akan bertindak saksama kepada kaum-kaum
lain.

Ahmad Ismail seterusnya mempersoalkan kemampuan Bangsa Cina di negara
ini untuk membahagikan kekayaan mereka secara saksama kepada semua
rakyat selain mempertikaikan keikhlasan Bangsa Cina untuk bertindak
adil kepada semua. (terjemahan dari Sin Chew Daily).

Menurut Perlembagaan Malaysia 8(2) “Kecuali sebagaimana dibenarkan
dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada pembezaan
terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, keturunan atau
tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam
pelantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak
berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan
dengan memperolehi, memegang atau melepaskan harta atau berkenaan
dengan menubuh atau menjalankan apa-apa tred, perniagaan, profesion,
vokesyen atau pekerjaan”.

Kenyataan berbaur diskriminasi ke atas bangsa-bangsa lain itu jelas
membelakangi semangat Perlembagaan Malaysia dan ia tidak seharusnya
dikeluarkan oleh seorang pemimpin UMNO!

Artikel 14 Perlembagaan Malaysia menyebut ia menjamin hak sivik semua
rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia adalah termasuk rakyat yang berbangsa
Cina, maka bangsa Cina tidak boleh dianggap sebagai penetap sementara.

Oleh yang demikian, kami menyeru bahawa pihak UMNO dapat mengambil tindakan-tindakan yang berikut:

1) Ahmad Ismail perlu menarik balik pertuturannya melalui media massa, serta memohon maaf kepada komuniti Cina,

2) Majlis Tertinggi UMNO harus mengambil tindakan disiplin atas Ahmad Ismail, umpamanya menggantung keahliannya,

3) UMNO perlu menasihati semua ahli UMNO supaya kenyataan berbaur ekstremis tidak akan berulang kembali.

Kami berharap agar gesaan kami akan dipandang serius oleh pucuk
kepemimpinan UMNO, serta memberi penjelasan yang sewajarnya dalam kadar
segera.

Kami mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad
Ismail berhubung kenyataan beliau yang jelas melanggari semangat
Perlembagaan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Daripada,

Sekumpulan Rakyat Malaysia yang Mencintai Keamanan dan Keharmonian Negara

Tarikh: 28 Ogos 2008

—————————————————————————-

备忘录:

马来西亚巫统最高理事会成员的公开信

致:马来西亚巫统最高理事会成员

你们好。

我们是一群马来西亚国民,针对贵党槟城升旗山区部主席阿末依斯迈于8月25日所发表的歧视性言论表示严厉谴责及抗议。

根据2008年8月25日《星洲日报》第8版的报导,巫统升旗山区部主席阿末依斯迈在8月23日公开对群众说,华人只是“寄居”在大马,因此不可能做到各族平等。他说:“华人是否能够平均分配财富给我们呢?如果你们今天居住在华人家庭,你相信他们能够公平对待你们吗?”

根据马来西亚联邦宪法14条,确认了马来西亚600万华裔的公民权,肯定华裔不是“寄居”在马来西亚的过客,阿末依斯迈的言论不但破坏种族和谐,也有企图边缘化其他种族之意。

此外,马来西亚联邦宪法第8(2)条文清楚指出,“除非由本宪法明确授权,不得在任何法律下,或在受委出任任何公共机关公职或职位时、或在施用任何——有
关财产的取得、拥有、或出售;或在创设或从事任何行业、生意、专业、职业、或工作的—法律时,单以宗教、种族、血统、出生地或性别为理由而歧视公民。”

身为执政党地方党要,阿末依斯迈不应该发表任何歧视各族及公然违反宪法的言论!

我们对贵党做出以下几点公开要求:

1) 阿末依斯迈必须收回他的言论,并通过媒体公开向全体华裔公民道歉;

2) 贵党有必要采取纪律行动,如冻结党籍,来对付阿末依斯迈;

3) 我们吁请贵党正视并且忠告全体党员,确保类似阿末依斯迈的极端种族主 义言论不会再出现。

希望贵党正视我们的公开诉求,并且迅速给全民一个清楚的交代!

对于这种歧视其他种族,抵触宪法的言行,我们保留所有法律控诉权力。

谢谢。

一群热爱种族和谐的马来西亚国民 谨启

日期:28-08-2008

Advertisements

2条回应 to “请来签名”

  1. Give you a recommended price of the best! The most reputable (wow power leveling) and (wow gold)!

发表评论

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com 徽标

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  更改 )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  更改 )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  更改 )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  更改 )

w

Connecting to %s

%d 博主赞过: